Apabila kami melihat jawatan yang berbeza dalam sebuah organisasi yang sama, kerja keras and dedikasi eksekutif sumber manusia sering terlepas pandang dan dipandang rendah oleh pihak pengurusan. Pekerja tersebut biasanya mereka yang setia terhadap pekerjaan mereka sementara memikul implikasi negatif terhadap jabatan mereka. Walau bagaimanapun, jabatan sumber manusia memanglah rakan kongsi perusahaan yang menggalakkan kejayaan sesebuah syarikat. Jika majikan tidak pasti lagi akan kepentingan jabatan sumber manusia kepada operasi mereka, berikut ialah beberapa bukti.
Mendorong komunikasi
Komunikasi perniagaan memainkan peranan penting dalam operasi organisasi. Berbanding interaksi seharian yang mementingkan sosial, komunikasi perniagaan itu melibatkan aliran maklumat dalaman dan luaran secara berkala untuk mencapai matlamat perniagaan. Beban untuk mewujudkan talian perhubungan ini terletak atas bahu jabatan sumber manusia. Ia adalah terbukti bahawa komunikasi yang baik antara majikan dan pekerja atau antara dua pekerja memberi inspirasi kepada inovasi serta kreativiti, membentuk asas budaya syarikat, meningkatkan penglibatan pekerja dan lain-lain.
Mengurus konflik
Kami memahami di mana adanya orang, di mana adanya perselisihan. Namun, bukan semua pertikaian pejabat adalah negatif; pertentangan tersebut boleh berubah menjadi peluang perniagaan melalui medium yang betul, iaitu jabatan sumber manusia dalam kes ini. Pengurus dan eksekutif sumber manusia yang berkemampuan dan berpakar dapat mengatasi konflik organisasi melalui penyelesaian yang objektif berdasarkan pelbagai aspek pertengkaran. Pengurusan perselisihan sebegitu sering menghasilkan hubungan yang lebih positif di tempat kerja dan idea baru untuk memimpin syarikat.
Membina gambaran organisasi
Di samping menambah baik penyelarasan pekerja, jabatan sumber manusia turut menjaga identiti korporat syarikat. Salah satu tanggungjawab eksekutif sumber manusia ialah memastikan semua pekerja menyedari dan mematuhi nilai teras syarikat. Dengan membolehkan semua pekerja bergerak pada masa yang sama, jabatan sumber manusia mempunyai sumber dan sokongan terbaik untuk melindungi kebajikan pekerja dan mencipta imej yang kuat bagi syarikat, akhirnya meletakkan asas yang kukuh untuk kejayaan selanjutnya.
Memantau liabiliti
Daripada keselamatan produk dan tempat kerja kepada akauntabiliti premis, pengurusan dan profesional, liabiliti perniagaan boleh dikatakan isu yang paling rumit bagi jabatan sumber manusia. Hal ini kerana eksekutif sumber manusia perlu mengurangkan risiko syarikat mengamalkan tabiat pekerjaan yang buruk dengan cepat mengenali, menilai dan menyelesaikan masalah liabiliti sebaik sahaja mereka wujud. Majikan perlu ingat bahawa isu liabiliti boleh menyebabkan proses pengadilan, jika tidak diselesaikan, mereka mampu menimbulkan kesan yangkekal pada syarikat secara dalaman dan luaran.
Kesimpulan
Contoh-contoh di atas hanyalah beberapa kepentingan jabatan sumber manusia kepada organisasi. Kami juga memahami bahawa kewajipan jabatan sumber manusia bukan sahaja memproses kertas kerja, tetapi merangkumi semua kebajikan pekerja dan kawasan perniagaan. Bak kata pepatah. “Setiap hari merupakan peluang untuk kami mengubah kehidupan kami menjadi lebih baik daripada semalam”, tiada lagi peluang yang lebih baik untuk melatih pekerja anda untuk watak dan prestasi lebih tinggi dengan Sistem Pengurusan Sumber Manusia I’m In daripada hari ini.