Dari pembelian dan tempahan dalam talian ke perkhidmatan perbankan dan pengangkutan, teknologi mempengaruhi dunia dengan pelbagai cara. Ramai hampir tidak dapat menjalankan aktiviti harian tanpa sebuah bantuan digital memasuki tahun 2020. Dalam kes organisasi, terutamanya jabatan sumber manusia mereka, teknologi merupakan elemen yang kritikal bagi mengubah semula perancangan tenaga kerja secara besar-besaran. Hal ini menggalakkan persiapan majikan bagi transformasi digital yang akan datang. Untuk menyemai benih kejayaan transformasi sumber manusia, berikut merupakan empat strategi bagi syarikat.
Menetapkan matlamat yang jelas dan fokus
Sebelum melaksanakan sebarang proses transformasi, ia adalah penting bagi syarikat menentukan objektif mereka. Langkah ini boleh dilakukan dengan menilai rekod operasi dan keadaan semasa sesebuah organisasi dari beberapa aspek perniagaan dan menyenaraikan pencapaian yang dikehendaki pada hujung transformasi.
Oleh kerana kebanyakan tumpuan transformasi sumber manusia diletakkan pada pekerja, menerangkan matlamat yang jelas sebelum melakukan perubahan teknologi turut membolehkan kedua-dua pihak majikan dan pekerja untuk menuju ke arah yang betul pada masa yang sama. Namun begitu, matlamat perusahaan mungkin berubah untuk menyesuaikan dengan keadaan baru. Majikan seharusnya memastikan objektif mereka sentiasa terang and tidak kabur.
Melibatkan semua orang
Pelan penentuan tujuan hanya permulaan sebuah perjalanan yang panjang bagi transformasi sumber manusia. Hal ini kerana jika majikan tidak mempunyai sokongan yang mencukupi, peralihan besar tersebut tidak dapat berlaku atau berjaya. Dalam kata lain, majikan memerlukan bantuan daripada setiap parti berkenaan, seperti pertolongan pekerja dan pemegang amanah. Setiap peserta harus memahami peranan mereka supaya mereka dapat menyumbang kepada daya pengeluaran syarikat dan tidak membazirkan usaha mereka semasa pelaksanaan strategi.
Mencapai konsep utama terlebih dahulu
Transformasi merupakan sebuah proses yang menuntut kerja keras dan usaha. Oleh itu, walaupun syarikat-syarikat mempunyai keperluan pengubahsuaian digital yang berbeza, tugas pertama mereka ialah menjalankan idea-idea yang memberikan punca positif yang terbesar dengan usaha yang tersedikit. Kaedah penting ini bukan sahaja membina teras transformasi teknologi organisasi, malah ia juga meningkatkan kelajuan operasi digital bagi syarikat.
Memeriksa hasil strategi
Penggunaan teknologi digital memanglah memberi manfaat dan daya saing kepada syarikat. Walau bagaimanapun, perubahan atau cara tertentu tidak semestinya efektif bagi semua perusahaan. Itulah sebab majikan harus mengukur impak strategi mereka dan membuat pemindaan yang sesuai bagi program mereka. Justeru itu, sebarang kaedah yang tidak menyelesaikan masalah yang sebenar semasa transformasi perlu disingkirkan dengan segera.
Kesimpulan
Sebagai rumusan, membuat perubahan itu mengambil masa yang lama, apatah lagi transformasi sumber manusia yang berjaya. Sebelum strategi-strategi tersebut memberi kesan seperti menambah baik prestasi perniagaan, syarikat harus menumpukan perhatian yang tinggi dan bersedia untuk melakukan penambahbaikan transformasi dengan teknologi terbaru dari semasa ke semasa. Dengan itu, mendaftar sebuah akaun di I’m In dan menggunakan kaedah pengurusan sumber manusia sistem kami yang praktikal memajukan perniagaan anda sekarang.