Empat Langkah untuk Membina Jabatan Sumber Manusia Tanpa Kertas

Krisis Covid-19 mendorong kedua-dua Tanpa Kertas dan Tidak Bersentuhan menjadi antara kata kunci yang paling banyak dicari di dunia perusahaan. Pemilik perniagaan sedang cuba sedaya upaya untuk menggubal pelan alternatif untuk menyesuaikan perniagaan mereka pada musim pandemik ini, dengan strategi tanpa kertas sebagai keutamaan mereka. Sudah semestinya polisi tanpa kertas merupakan tugas nombor satu dalam normal baharu, dan jabatan sumber manusia ialah titik permulaan terbaik untuk memulakan semula sesebuah perniagaan. Oleh itu, kami telah menyusun empat langkah yang dapat membantu majikan untuk melaksanakan jabatan sumber manusia tanpa kertas dengan lancar semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Memimpin jalan
Langkah pertama untuk mencipta pejabat tanpa kertas ialah menerajui jalan. Dalam kes ini, seluruh jabatan sumber manusia, termasuk pengurus dan eksekutifnya adalah bertanggungjawab untuk mengetuai proses untuk membina pejabat tanpa kertas. Objektif pelan dan sistem manfaat boleh ditubuhkan untuk memupuk tabiat kerja tanpa kertas semua pekerja sumber manusia di organisasi mereka. Sebagai barisan hadapan pembinaan semula ini, jabatan sumber manusia yang berkemampuan dapat membina asas yang kukuh bagi strategi syarikat tanpa kertas yang lebih komprehensif pada masa depan.

Mengoptimumkan tandatangan digital
Pengurusan dokumen pejabat yang terlampau banyak bukanlah perkara yang baru bagi jabatan sumber manusia. Dalam pada itu, ia adalah penting untuk majikan membina organisasi yang tanpa kertas supaya eksekutif sumber manusia mereka tidak lagi menghadapi tugas dokumen yang tidak habis-habisan. Oleh kerana kebanyakan tugas dokumen ini memerlukan tandatangan, majikan boleh menggantikan tandatangan salinan cetak yang kurang praktikal dengan tandatangan elektronik. Dengan menggunakan teknologi ini, kerja bolak-balik dapat dikurangkan dan kecekapan pengurusan dokumen dapat ditingkatkan. Selain itu, majikan turut mengurangkan risiko penipuan tandatangan yang disebabkan oleh tandatangan salinan cetak.

Susun fail dan dokumen
Langkah ketiga adalah payah dan penat kerana syarikat perlu mengimbas dokumen yang tersedia sebelum mereka mengaktifkan fungsi automasi sistem pengurusan mereka. Untuk meringankan beban tersebut, pengurus sumber manusia perlu menyusun fail yang ada dan mewakilkan tugas mereka kepada kakitangan bawahan mereka. Semua fail dan dokumen yang lama perlu disingkirkan dan peranan yang ditetapkan harus dipenuhi pada proses ini untuk memastikan sistem syarikat majikan hanya menyimpan data dan informasi yang penting dan diperlukan.

Mengongsi pengetahuan
Untuk menuai hasil jabatan sumber manusia untuk melaksanakan polisi tanpa kertas dan membina automasi, majikan hendaklah memberi pekerja syarikat yang lain maklumat dan kaedah mengenai polisi tanpa kertas dan automasi mereka. Majikan boleh mengadakan program latihan yang ringkas dan tepat untuk menghasilkan penyebaran maklumat organisasi yang berjaya. Sesi susulan selepas latihan juga boleh dijalankan supaya semua pekerja sentiasa diberikan pengetahuan terkini atas susunan tanpa kertas dan automasi syarikat mereka.

Kesimpulan
Strategi tanpa kertas bukan sahaja mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah ia juga melindungi semua orang daripada penularan virus corona melalui udara pada malapetaka ini. Walau bagaimanapun, transformasi tanpa kertas syarikat tidak dapat menjadi sempurna tanpa penggunaan perantara yang paling sesuai. Sehubungan dengan itu, kami ingin memperkenalkan I’m In, sebuah Sistem Pengurusan Sumber Manusia yang dapat membantu syarikat anda menjalankan strategi tanpa kertas tanpa sebarang kerumitan. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan fungsi sumber manusia berasaskan awan atau persendirian kami, klik sini untuk melawati I’m In sekarang.