Semangat pemilik syarikat berpotensi boleh dipatahkan dengan prospek negatif yang diberikan oleh dunia kini; satu-satunya contoh yang klasik dan popular ialah tempoh yang menyedihkan disebabkan oleh pandemik Covid-19. Semua industri, termasuk sumber manusia mengalami kerugian yang teruk pada masa yang mengerikan ini. Hal ini menyebabkan para pekerja menghadap realiti yang payah, iaitu perlu menjadi pakar teknologi supaya majikan mereka boleh melakukan perniagaan dalam talian. Oleh kerana virus tersebut boleh merebak melalui hubungan manusia yang rapat, tidak ada waktu yang lebih sesuai bagi eksekutif sumber manusia menjadi pekerja yang celik teknologi daripada sekarang. Marilah kami meneroka di bidang apa teknologi mempengaruhi pengurusan sumber manusia.
Membina sistem yang bermanfaat bagi pengurus langsung
Hubungan antara jabatan sumber manusia dan ketua jabatan-jabatan lain adalah timbal balik. Ia merupakan tanggungjawab pihak pertama untuk menyokong keperluan pihak kedua bagi menubuhkan pentadbiran syarikat yang lebih baik. Satu set strategi tenaga kerja mesti dirancang supaya semua pekerja bersedia untuk memenuhi matlamat masa depan syarikat. Dalam kes ini, penglibatan yang kerap adalah tidak mencukupi; kedua-dua pihak harus bergantung pada teknologi informasi untuk persediaan latihan dan tugasan lanjutan. Memanfaatkan sepenuhnya alat ini turut memperkasakan kemahiran kepemimpinan pengurus juga.
Mencipta khidmat pelanggan yang cemerlang
Khidmat pelanggan membayangkan budaya, visi dan misi sebuah syarikat. Walau organisasi mempunyai nilai teras yang kukuh, pelanggan mereka tidak akan memahami nilai tersebut tanpa perkhidmatan, iklan dan kandungan produk yang berkenaan. Ia sudah pasti bahawa pasukan khidmat pelanggan yang menawarkan perkhidmatan yang baik dapat mewujudkan tanggapan yang jauh lebih baik di mata masyarakat.
Penciptaan pasukan khidmat pelanggan yang hebat bukan sahaja memerlukan usahawan mengambil pekerja yang berupaya, mereka juga perlu membina sistem komunikasi bagi eksekutif merapatkan jurang antara perniagaan dan pengguna. Penggunaan perisian langsung semasa perkhidmatan pelanggan akan membujuk pelanggan dengan ciri-ciri syarikat berbanding rakan industri mereka.
Ubah keadaan dengan media sosial
Sama seperti penyakit coronavirus, platform media sosial seperti LinkedIn, Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain telah mengubah semula kehidupan dan aktiviti harian. Kegunaan mereka telah pun berkembang ke industri sumber manusia, terutamanya pada proses pengambilan dan penglibatan tenaga manusia. Majikan kini mempunyai saluran tambahan untuk mencapai objektif mereka dengan jangka masa yang lebih pendek dan belanjawan yang lebih seimbang.
Perantara tersebut memberkati perusahaan dengan pelbagai pilihan penonton sasaran dan manfaat eksklusif. Hal ini menggalakkan majikan untuk mengemaskinikan perkembangan dan berita terbaru bagi pengikutnya dengan media seperti gambar, video dan dokumen. Organisasi yang cemerlang dalam pengurusan media sosial akan memperoleh keupayaan daya saing dan menyusun asas identiti jenama dalam talian mereka.
Kesimpulan
Kelebihan teknologi terhadap pengurusan sumber manusia memanglah tidak dapat mengukur. Walau bagaimanapun, ia terdapat bidang tertentu di mana alat hebat ini tidak dapat menunjukkan prestasi yang tinggi dan memerlukan keputusan klinikal daripada penggunanya. Oleh itu, ia adalah penting bagi majikan memilih perisian dan teknologi yang mempunyai fleksibiliti dan mobiliti sebelum sebarang pelaksanaan. Sebagai contoh, I’m In, sebuah Sistem Pengurusan Sumber Manusia disesuaikan dan berskala dapat membantu usahawan mengurus pekerja mereka bagai menggolek batang terguling. Daftar sekarang untuk menikmati fungsi sumber manusia berasaskan awan dan persendirian yang bertaraf dunianya.