Apakah Fungsi-fungsi Sumber Manusia Asas yang Penting untuk Perniagaan?

Perisian sumber manusia terus membanjiri pasaran. Hal tersebut menyebabkan syarikat-syarikat berbelanja wang dan masa yang tidak habis-habisan pada pilihan terbaik untuk operasi mereka. Walau bagaimanapun, pembaziran dana yang melampau ke atas pencarian aplikasi yang sesuai mungkin berakhir dengan fleksibiliti yang rendah, kelewatan kerja yang kerap, pengeluaran yang sedikit dan sebagainya. Dalam senario yang paling buruk, pekerja-pekerja akan tinggalkan syarikat mereka atas sebab kekecewaan terhadap amalan perniagaan yang kurang memuaskan. Oleh itu, majikan-majikan perlu memahami keperluan asas mereka sebelum mendapatkan penyelesaian perniagaan yang berkenaan. Jadi, apakah ciri-ciri sumber manusia penting yang perlu oleh perniagaan?

Peluang pembelajaran dan pembangunan
Setiap hari bekerja memerlukan pekerja-pekerja memperluas peranan mereka dengan mengambil lebih banyak tugas. Tanggungjawab yang meningkat itu bukan sahaja membantu kecekapan dan produktiviti sesebuah syarikat, malah ia juga memberi peluang bagi pekerja-pekerja untuk merangsang pertumbuhan peribadi dan meningkatkan peluang kenaikan pangkat mereka. Oleh hal yang demikian, apabila majikan-majikan menuntut beban kerja yang berat daripada pekerja-pekerja mereka, eksekutif sumber manusia boleh menawarkan alat-alat dan latihan-latihan untuk mengasah keupayaan dan maklumat umum pekerja-pekerja dalam pelbagai projek.

Pentadbiran manfaat
Pentadbiran manfaat pekerja yang impresif merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mengekalkan pekerja-pekerja. Jadi, selain membantu pekerja-pekerja mencapai potensi penuh di tempat kerja, syarikat-syarikat harus menyediakan program-program manfaat yang berbeza untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerja dari setiap aspek. Apabila majikan-majikan memberikan manfaat seperti perubatan, pengangkutan dan insurans hayat kepada pekerja-pekerja, majikan-majikan menunjukkan penghargaan dan kasih sayang terhadap pekerja-pekerja di pejabat. Hal ini akan memandu prestasi mereka dan mengurangkan kemungkinan peletakan jawatan mereka.

Penjejakan dan pelaporan data
Memusatkan data peribadi pekerja-pekerja, seperti maklumat akademik, butiran pekerjaan sebelum, rekod kehadiran dan lain-lain adalah penting untuk menggalakkan pengurusan kakitangan syarikat-syarikat, terutama bagi syarikat-syarikat besar. Mekanisme penjejakan masa
bekerja dan data lain tersebut membolehkan majikan-majikan membuatkan susunan segera untuk situasi kecemasan dan membebaskan syarikat-syarikat mereka daripada sebarang kelewatan tugas. Justeru itu, memandangkan jabatan sumber manusia menerima banyak data, pemusatan ini akan memudahkan analisis dan trend yang penting bagi syarikat-syarikat mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pelan operasi semasa mereka dan membenarkan mereka melakukan penyesuaian yang perlu.

Persekitaran kerja yang terpelihara
Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, ia adalah wajib untuk majikan-majikan Malaysia membina dan menjaga keadaan pekerjaan yang selamat bagi pekerja-pekerja mereka. Kewajipan jabatan sumber manusia dalam hal ini ialah bekerja rapat dengan pihak berkuasa untuk mengadakan latihan kesihatan pekerjaan dan mengurangkan risiko tempat kerja ke tahap yang paling rendah. Jika terdapat sebarang kecederaan atau kemalangan di tempat kerja, eksekutif sumber manusia harus menghormati dasar-dasar yang berkaitan untuk memberi kompensasi dan pembayaran balik yang lain kepada pekerja yang terlibat.

Kesimpulan
Tidak kira mengukuhkan budaya, mengurus prestasi kerja atau membina interaksi antara majikan dan pekerja, bidang sumber manusia sentiasa berubah. Namun demikian, syarikat-syarikat perlu bersaing dengan ciri-ciri yang berpatutan untuk meningkatkan kecekapan mereka dan terus maju dalam dunia perniagaan. Untuk itu, klik sini untuk memilih pakej yang paling sesuai di I’m In dan membenarkan sistem pengurusan sumber manusia yang berasaskan awan atau persendirian kami menawarkan anda pengajaran dan kesesuaian perniagaan sekarang.