Lima Cara Sumber Manusia Dapat Manfaat dari Analitis Tenaga Buruh

Dunia perniagaan sedang melalui transformasi berevolusi dengan kelebihan inovatif yang komponen utama seperti data raya dan analitis tenaga kerja menawarkan. Selagi organisasi dapat mengambil kesempatan analisis data mereka, majikan boleh menambah baik cara membuat keputusan mereka melalui pengajaran perniagaan yang berguna. Dalam hal industri sumber manusia pula, data raya dan analitis tenaga buruh adalah berupaya untuk menilai masa lalu dan memutuskan masa depan proses pengambilan pekerja. Untuk itu, berikut ialah lima cara sumber manusia dapat manfaat dari analitis tenaga buruh.

Keputusan pengambilan pekerja yang bijak
Jabatan sumber manusia menikmati keistimewaan yang besar daripada ramalan analitis dengan menyaring calon berpotensi daripada mereka yang tidak sesuai semasa peringkat awal. Dengan menyempitkan senarai calon, analitis tenaga kerja membantu syarikat mengurangkan tugas yang berlebihan dan meningkatkan kecekapan mereka dalam proses pengambilan pekerja. Tindakan sebegitu akan memimpin organisasi ke arah kos pengambilan pekerja yang direndahkan dan merangsang peluang majikan untuk mencari pilihan yang sesuai untuk perniagaan mereka.

Sistem gaji yang adil
Sebagai tambahan kepada pendekatan pemilihan pekerja yang lebih baik, analitis tenaga buruh merupakan strategi yang berkesan untuk memenangi kepercayaan pekerja melalui penciptaan sistem gaji yang tidak berat sebelah. Mengambil tahu pakej gaji rakan sekerja dan kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk membezakan pekerja merupakan langkah penting untuk menubuhkan mekanisme pembayaran gaji yang sesuai. Amalan etika yang telus terhadap operasi perniagaan, contohnya memberi kadar gaji yang berpatutan kepada beban kerja yang berkaitan menunjukkan integriti majikan dan turut membina budaya perniagaan yang jujur dan kukuh.

Mengurangkan perbelanjaan pusing ganti pekerja ke tahap minima
Kehilangan pekerja itu menyakitkan, terutamanya mereka yang berpakar dalam memandu pendapatan jualan untuk syarikat. Inilah sebab mengapa setiap jabatan sumber manusia memerlukan analitis tenaga kerja untuk meramalkan pusing ganti pekerja secara individu. Pangkalan data yang mencukupi membuat penyediaan bagi majikan mengenal pasti mereka yang ingin meletak jawatan dan melindungi perniagaan mereka daripada kesan negatif pusing ganti dengan mengekalkan bakat terbaik mereka atau mengambil pengganti pekerja yang cemerlang.

Menentukan potensi sebenar pekerja

Strategi perniagaan yang tidak efektif tidak semestinya salah pekerja. Salah satu faktor hal tersebut ialah pekerja yang hebat tidak diberikan peranan yang sesuai. Apabila syarikat tidak memaksimumkan kekuatan pekerja mereka, pekerja yang paling berbakat juga tidak dapat membawa syarikat mereka untuk berjaya. Mujurlah dalam kes ini, analitis tenaga buruh boleh membekalkan maklumat yang terperinci bagi majikan menentukan kemahiran dan pengetahuan pekerja mereka. Pengajaran perniagaan seperti ini memberi peluang untuk majikan menyerahkan pekerja mereka ke kedudukan yang lebih sesuai.

Didorong oleh data
Ia bukanlah satu kebetulan bahawa kebanyakan organisasi besar di dunia berbelanja ratusan juta pada pengambilalihan dan analisis data. Hal ini kerana syarikat tersebut memahami bahawa data raya pekerja, pelanggan dan pesaing industri membolehkan mereka meramalkan prospek perniagaan mereka dalam pelbagai kawasan. Jika mereka meramalkan pulangan atas pelaburan yang kurang memuaskan di masa depan, mereka boleh mengubah arah perniagaan dan mod pemasaran mereka dengan cepat.

Kesimpulan
Secara keseluruhan, jumlah data yang perusahaan menghasilkan tidak akan berkurangan. Sebenarnya, perkembangan pesatnya pada zaman digital ini menjadikan analitis tenaga buruh sesuatu alat yang wajib untuk meningkatkan kelebihan daya saing syarikat. Dengan menghuraikan dan memanfaatkan data yang tersedia, syarikat meletakkan mereka dalam kedudukan untuk berjaya. Jika anda ingin mengetahui keuntungan perniagaan yang boleh anda mendapatkan daripada analitis tenaga buruh, klik sini untuk meneroka Sistem Pengurusan Sumber Manusia I’m In sekarang. (https://www.imin.my/)